Ikhtar Ma Yabqo 'Ala Ma Yafna

Berkongsi llmu, membahagi rasa, dalam proses mengetuk minda agar menghasilkan buah pemikiran yang ranum untuk AGAMA..



Isnin, 26 April 2010

Naluri Perantau


Naluri itu dimiliki oleh setiap insan hatta orang gila juga nalurinya tidak akan hilang atau dicabut sama sekali.Yang hilang hanyalah kewarasan akalnya.
Menyentuh tentang naluri,maka ia berkait rapat dengan perasaan manusia.Sebagai perantau di negara orang, siapakah di antara kita yang bergelar manusia tetapi tidak merasa rindu akan kampung halaman. Jika ada yang menjawab "Saya tidak rindukan keluarga di kampung sikit pun", maka syabas anda memang hebat dan mungkin juga anda seorang kazib atau kazibah.Mana mungkin seorang manusia yang sempurna akal dan molek hatinya tidak rindu akan keluarga dan asal usul hikayat hidupnya .Sekalipun kita sibuk melaksanakan tugas yang tidak putus menyinggah masuk, perasaan rindu itu pasti akan muncul menyapa hati walaupun kuantitinya tidak seberat 5 kilo.

Bagaimana ingin meredakan perasaan rindu yang berkocak kuat?

Bagaimana ingin melepaskan rindu yang caranya selain pulang ke tanah air(kampung halaman)?

Kita mungkin boleh meredakannya dengan menganggap mereka sedang bersama kita.Bagaimana nak merasa sedemikian sedang mereka bukan di sebelah kita, bukan di belakang kita,bukan di hadapan mata kita?
Mudah, namun agak berat diamalkan, Doalah.sekiranya kita kerap doa maka hati kita akan dekat dengan mereka, apabila dekat tidaklah rasa jauh.Yang menyebabkan kita merasa rindu tidak habis-habis adalah kerana kita rasa jauh dari mereka.

Lagi satu, kita ingin balik kerana perasaan kita dibelenggu rasa kerisauan yang memuncak setinggi Puncak Sinai. Antara ayat-ayat risau perantau "mak ayah aku tu dah tua jadi aku merasa tanggungjawab akulah untuk menjaga mereka, kalau mereka sakit macammana?"
Risau?Takut? Semuanya boleh diredakan dengan doa.Memang benarlah kita selaku anak seamat-amatnya ingin berada di sisi ibu bapa lebih-lebih apabila mereka sudah meningkat umur namun adakah dengan kita balik ke tanah air ajal mereka boleh dilambatkan sedikit atau dipercepatkan sedikit.Jika bawa kes umur ini ke mahkamah syariah terhebat pun, kes ini tiada penyelesaian.Penyelesaian bagaimana?Ayuh, berdoa pohon pada Yang Esa agar umur mereka dipanjangkan dan kehidupan mereka dirahmati oleh Allah s.w.t.
Marilah kita tetapkan diri kita agar berdoa untuk mereka yang kita cintai dan sayangi itu.Berdoalah sebanyaknya hingga hati kita didekatkan dengan hati mereka maka masalah 'kocakan rindu dan risau' tidak akan menganggu perjuangan kita, in sya Allah.
Namun harus diingat,perasaan rindu dan risau itu pasti tetap akan wujud kerana itu lahir dari naluri(hati) kita, NAMUN jangan sampai naluri(hati) kita dikuasai NAFSU.

" Allahumma firlana zunubana waliwalidina warhamhum kama robbayani sighoro,walijami' ikhwati wa akhawati wassyuhada'...."

Soal Jawab Agama

Adakah boleh kita membacakan(menjampi) ayat Al-Quran ke atas air atau menulis ayat Quran pada sesuatu objek untuk mengubati orang sakit?

Jawapan,

Tidak mengapa menangkal orang sakit dengan ayat suci mengikut pendapat Imam Nawawi.Tidak mengapa membawa maksud harus.Jika ayat Quran adalah dibenarkan kerana Ayat Quran adalah Syifa’ linnas(ubat bagi manusia).Apa yang tidak dibenarkan adalah sesuatu yang tidak difahami bacannya.Saidatina Aisyah r.a juga membenarkan menangkal ayat Quran ke atas air,di mana Saidatina Aisyah r.a diantara sahabat yang boleh mengeluarkan fatwa.
Mujahid r.a salah seorang daripada tabiin besar juga memberikan fatwa,dibolehkan menulis ayat Quran pada sesuatu objek contohnya menulis ayat Quran pada piring kemudian alirkan air itu ke atas piring maka larutlah tulisan itu bersama air yang dituangkan. Memberi mandi kepada orang sakit atau membasuh muka dengannya juga dibolehkan.
Ibnu Abbas r.a pernah diminta melakukan perbuatan ini dengan menulis sebanyak 2 potong ayat Quran dan diguna mandi oleh seorang wanita.
Abdul Kilabah r.a,seorang ulama’ besar menulis di atas kertas kemudian membasuh akan kertas itu lalu larutlah tulisan itu ke dalam air kemudian diberi air itu kepada seorang yang terkena penyakit gila.

Menyusuri Batang Tubuh Abu Anbiya' Ibrahim a.s




Sifat Nabi Ibrahim a.s

1)Abdan Qonitan lillah(seorang hamba yang benar-benar taat kepadaNya)
2)Mukhlisan(ikhlas dalam beribadah kepadaNya)
3)Harison 'ala to'atihi(sangat haloba dalam mencari ketaatan kepada Allah s.w.t)
4)Musari'an firRedha( sangat cepat dalam mengerjakan apa sahaja perbuatan yang membuahkan keredhaan Allah s.wt)

Baginda a.s mempunyai seorang isteri yang solehah,taat dan setia kepada baginda bernama Siti Sarah.Sarah berasal dari perkataan sarrah iaitu yang memberi suka,yang menggembirakan dan membahagiakan.Namun Nabi Ibrahim dan Siti Sarah tidak dikurniakan anak walaupun sudah bergelar "Sheikhon kabiran" iaitu benar-benar tua hampir kepada tua bongkok.Begitu juga Siti Sarah sudah bergelar "Sheikhoh" kerana sudah melangkaui umur kebolehan beranak.
Fitrah manusia yang berkhawin pasti menginginkan zuriat.Zuriat yang bakal merawat ketika sakitnya,zuriat yang bakal menggembirakan ketika sedihnya,zuriat yang bakal membelai ketika dahaga kasihnya seterusnya zuriat yang akan membantunya mencapai keredhaan Tuhannya.
Sarah mempunyai seorang khadam(pembantu rumahtangga) yang bernama Hajar yang dibawa dari Mesir bagi menjadi khadamnya.Lalu dijadikan Hajar hadiah bagi suaminya Nabi Ibrahim a.s bagi mendapatkan zuriat.Setelah berkhawin Nabi Ibrahim a.s dan Hajar Allah memberikan rezeki anak kepada mereka maka lahirlah Nabi Ismail a.s.Hajar mula merasa dirinya bukanlah lagi seorang khadam kerana dia adalah seorang ibu maka Hajar mula merasa megah dan menarik muka lain,bukan lagi seperti seorang khadam.Sarah menyedari perubahan itu dan pabila melihat Nabi Ibrahim a.s mula memberi perhatian kepada Hajar,kerana Hajar adalah ibu kepada anak Baginda maka timbul perasaan cemburu.Nabi Ibrahim a.s mengetahui akan perasaan isterinya Sarah dan baginda menjadi haloba(bersungguh-sungguh) dalam menggembirakan hati Sarah.Namun perasaan cemburu itu tidak mudah dihilangkan.
Nabi Ibrahim a.s mula berfikir bagaimanakah caranya bagi meredakan keadaan ini maka baginda keluar bersama Hajar dan Nabi Ismail a.s bermusafir atas arahan daripada Allah s.w.t.Berjalan mereka khottu Rihal hinggalah tiba di Tanah Mekkah.Ketika itu tanah Mekkah kosong kering-kontang tidak berpenduduk.Ketika tiba di Mekkah maka tahulah Baginda bahawa tanah ini tidak pernah diduduki oleh manusia..

Saufa uwasil in sya Allah..

Asma'u Rabbuna Azza Wajal