Ikhtar Ma Yabqo 'Ala Ma Yafna

Berkongsi llmu, membahagi rasa, dalam proses mengetuk minda agar menghasilkan buah pemikiran yang ranum untuk AGAMA..



Selasa, 28 Disember 2010

Hayya Nataharrak 'Uqulana..



Perbualan antara Talhah dan adiknya..

Talhah : man,mu tahu ke Allah ada mana?Langit ke,bumi ke?
Usman : mu ada nyawa?
Talhah : mestilah ada,kan ku wujud depan matamu ni.
Usman : Kat mana nyawamu,kaki?kepala?Tangan?Perut?
mu nampak kat mana nyawa mu?ada tempat tak?
Talhah : errr....

setelah sejam selesai persoalan pertama.

Talhah : Syaitan dijadikan dari api kan?Nanti akhirnya masuk neraka jugak,rasa ke api dengan api?
Usman : mu dari tanah kan?

Panggg!Bunyi satu ketukan singgah di kepala Talhah.

Talhah : Aduh!!Sakitlah man,gapo dio mu ketukku dengan tembikar tu?
Usman : Tembikar ni dari tanah..sakit ke??

Nantahi fi hazihil marrah..

P/s: Dilakonkan semula oleh Talhah dan Usman.Peristiwa perdebatan akal(ilmu mantiq) ini digunakan oleh Imam Abu Hanifah semasa berhadapan dengan Ahli Mu'tazilah.

Ahad, 26 Disember 2010

Satu Dosa Sekali Taubat??

Pagi yang tenang,Atiqah bersama ibunya duduk di halaman rumah menghirup udara segar nikmat titipan dari Sang Ilahi yang tidak terhitung dek jari untuk membayar nikmat itu kembali..

"AWAK nak balik atau tak nak?" Soal Rahimah tegas.

"Nak,nak ibu,mestilah Iqa nak", jawapan kedengaran sayu.

"Habis tu kalau awak betul nak balik kampung pastilah beserta buah tangan,awak sudah bersedia untuk itu?" Soalan kedua membuat anak perempuannya termangu seketika.

"Mungkin sudah ibu,mungkin juga ingin sampai ke tahap 50% bekalan Iqa", jawabnya tanpa berfikir dengan telus.

"Iqa sayang,atas dasar apa Iqa percaya setinggi itu tahap bekalan Iqa?Sekiranya beginilah gayanya ibu tak yakin Iqa sudah sediakan bekalan sebanyak itu", bicara ibu ingin mengetuk kotak keimanan anaknya.

"Ibu Iqa baca Quran bu setiap hari,Iqa berzikir dan Iqa sudah bertaubat atas setiap dosa yang Iqa pernah lakukan dulu", ujar Atiqah Najwa sambil memandang tajam mata ibunya seolah menagih secebis kepercayaan.

"Taubat yang bagaimana?Mencukupi dengan satu dosa sekali taubat?"Soal ibunya menggerakkan minda Atiqah.

"Emmm", kedengaran suara dengusan kecewa seorang wanita bergelar muslimah.

"Iqa habibti.memang benar sifat Allah itu Maha Pengampun,pemaaf maka menerima taubat dari hambanya itu Harus ke atasNya.Namun,Iqa mesti ingat kita juga tidak pasti taubat yang mana satukah yang diangkat olehNya.Maka bukan dengan satu dosa satu taubat sayang,kita perlu istimrar(berterusan) meminta keampunan dariNya.Ibu harap Iqa buang mentaliti ciptaan manusia,satu dosa satu taubat.Iqa fahamkan sayang maksud ibu?".Soal Rahimah inginkan kepastian sekiranya anaknya itu faham akan bicaranya.

Beberapa saat berlalu Rahimah hanya memandang anaknya yang sejak tadi hanya tunduk tanpa sebarang isyarat.

"Iqa minta maaf ibu,Iqa faham dengan apa yang ibu katakan,syukran ibu.Izinkan Iqa masuk ke rumah dahulu ibu", ujar Atiqah Najwa sambil menyusun langkah untuk beredar.

"Ya Allah sekiranya berlaku khilaf yang aku tidak perasan akan ia semasa aku melontarkan kata-kata kepada anakku maka Kau ampunilah aku dan permudahkan segala urusan buah hatiku itu Ya Allah", doa Rahimah di lubuk hatinya.Dia sedikit tersentuh dengan tindak balas anak perempuannya itu sebentar tadi.

(Kita adalah keturunan Nabi Adam a.s,seperti yang kita tahu,Nabi Adam a.s adalah penduduk asal dari syurga,kita pula adalah keturunannya,maka kampung asal kita adalah di Syurga.Satu saat kita akan dikembalikan ke tempat asal manusia bermula,In Sya Allah)..

Rabu, 1 Disember 2010

Terlupa @ Melupakan??

Bismillahirrahmanirrahim..dengan nama Allah yang Maha Besar dimulakan bicara.

Sahabat2 sekalian barangkali anda terlepas pandang akan perkara ini,maka ana datang memberi peringatan kepada nafsi(diriku) wa nufusakun(seluruh wanita) tentang aurat wanita.

Mazhab Syafie menggariskan bahawa aurat wanita (Islam) adalah keseluruhan tubuhnya kecuali muka dan kedua tapak tangannya.Maka di sini kaki termasuk dalam AURAT.

Apa itu AURAT??
Aurat adalah bahagian yang WAJIB ditutup dari dilihat oleh orang yang bukan mahramnya(ajnabi),maka secara jelas kaki antara anggota yang wajib ditutup.

Anda tahu akan ia jangan cuaikan ia,jangan kerana nikmatnya ini(kaki) anda terhumban ke neraka..

Allahu a'lam..wa Huwa 'ala kulli syai'in qodir.

Taubat ku diterima atau ditolak??

Beza Taubat Diterima dan Ditolak.

Taubat Nabi Adam a.s diterima kerana 5 pekara:
1. Nabi Adam a.s mengakui dosanya
2. Menyesal atas perbuatannya
3. Menyalahkan dirinya atas perbuatannya
4. Bersegera dalam bertaubat
5. Tidak putus harapan dari Rahmat Allah s.w.t

Adapun Iblis
1. Tidak mengakui dosanya
2. Tidak menyesal terhadap perbuatannya
3. Tidak mencela dirinya kerana perbuatannya
4. Tidak segera bertaubat
5. Putus harapan dari Rahmat Allah s.w.t

Maka, barangsiapa yang keadaan taubatnya mengikut cirri-ciri taubat Abu Basyr(Adam a.s) maka taubatnya diterima.Manakala siapa yang taubatnya dalam keadaan seperti iblis maka taubatnya jauh dari kasih Allah.

Ahad, 15 Ogos 2010

Soal Jawab Agama

Soalan 1
Mengapa rukun kedua sahnya solat dinamakan Takbiratul Ihram?

Jawapan
Adalah sebab dinamakn Takbiratul Ihram kerana selepas sahaja seseorang bertakbir maka haramlah ia melakukan sesuatu perkara yang halal baginya sebelumnya(masuk solat) iaitu dari segala perkara yang membatalkan solat seperti bercakap,berjalan dan sebagainya.

Soalan 2
Saya sering takbir berkali-kali semasa ingin memulakan solat,adakah sah solat saya?

Jawapan
Jika sesorang takbir beberapa kali dan  dia berniat pada setiap kali takbir pada permulaan solat dan tidak pula dia berniat keluar dari takbir pada tipa-tiap kali takbir itu,maka dia masuk ke dalam solat yakni dikira pada takbir yang ganjil bukan pada genapnya.Kerana tatkala masuk dengan takbir yang pertama,keluarlah dia dengan takbir yang kedua.Kerana niat memulai solat itu memutuskan yang pertama.Namun jikalau dia berniat keluar dari solat atau memutuskan solat di antara dua takbir maka sah takbir yang selepas itu walaupun ia jatuh pada genapnya.

Takbir pertama=masuk
Takbir kedua   =keluar
Takbir ketiga   =masuk,sah.
dan seterusnya..

Aku Berangan Nak..




Aku ingin menjadi penjual tudung.Tidak kiralah aku makan gaji atau ada perniagaan sendiri walau kecil namun keinginan untuk menyarankan wanita memakai tudung adalah keutamaanku.Zaman sekarang jika kita menyuruh seseorang memakai tudung dengan mengeluarkan ayat Quran atau hukum-hukum,mereka seolah tidak gentar akibat meninggalkannya lalu menganggap enteng akan perkara ini.Selagi rambut belum merasa panasnya bara api neraka adakah selagi itu rambut harus didedah?


Aku selalu terbayang wanita-wanita yang tidak bertudung,berpakaian seksi atau ketat lalu di tempat kerjaku dan aku memanggil-manggil mereka lalu menunjukkan pelbagai jenis tudung untuk dikenakan atas kepala mereka sekaligus melakukan tuntutan Allah s.w.t sebagai Sang Pencipta iaitu amal makruf nahi munkar.Bermula dengan menutup yang atas kemudian akan di susuli dengan menutup bawah-bawahan,insyaAllah.


Wanita di zaman pembangunan ini, sememangnya tidal lari dari landasan ingin kelihatan cantik,voge and the vast, jadi ketika mana mereka tertarik dengan ajakanku,aku akan mengeluarkan seluruh jenis tudung yang meletup-letup masa kini untuk mereka cuba.Sambil itu doa perlu ada semoga ketika wanita itu memandang test mirror pandangan mereka tidak diganggu oleh bisikan syaitan durjana sebaliknya disokong dengan iman atas nama seorang Islam.


Perlukah aku terus menyempurnakan cara pemakaian tudung ke atas mereka, padaku untuk pembukaan ini aku minta dariNya agar rasa ingin menutup aurat itu wujud dalam diri mereka dahulu.


Memakai tudung ini perlu kepada minat dahulu atau bagaimana??


Sahabat sekalian memakai tudung(jilbab) adalah tuntutan Allah ke atas manusia,ia adalah wajib tanpa toleransi untuk meninggalkannya.Namun zaman maju menenggelamkan hukum, pakai tudung atas fesyen atau atas aliran mood atau sebagainya.Dicela oleh Allah s.w.t bagi orang-orang yang mempamerkan auratnya kepada yang tidak berhak.


Sahabat sekalian, bayangkan satu hari anda berjalan tanpa menutup aurat, dapatkan anda bayangkan berapa pasang mata yang memandang anda dan berapa kilo dosakah yang anda perolehi hanya untuk tempoh 24jam kerana mendedahkan aurat anda.Ya Allah peliharalah kami kaum wanita dari fitnah yang melata.


Bagi titik permulaan tidak mengapa jika tidak menutup dengan sempurna namun jika sudah setahun atau dua tahun atau lebih namun pemakaian tudung tidak ada perubahan yakni lebih ke arah kesempurnaan maka mohonlah perlindungan dariNya.Ingat di antara ciri-ciri kesempurnaan dalam menutup aurat antaranya:
  • Menutup bahagian dada.
  • kain tudung tidak jarang atau menampakkan leher atau rambut atau sebagainya.
  • Jangan menampakkan bonggol rambut atau ikatan rambut kerana ia menyerupai aurat.Contohnya jika seseorang melihat bonggol rambut kita maka mereka akan membayangkan samada rambut kita panjang atau pendek maka perbuatan ini mengundang fitnah.
  • Tidak menarik perhatian.Contonya tudung yang penuh dengan manik atau labuci sehingga mata yang memandang tidak dapat ditutup dek kerana silaunya.Ini bermaksud besederhanalah dalam berpakaian.


Jadilah seperti Saidatina Fatimah r.a yang dirinya tidak suka dilihat oleh mana-mana lelaki kecuali suaminya Saidina Ali r.a serta dirinya tidak gemar melihat kepada lelaki.Beliau sanggup keluar di malam hari bagi memperolehi air perigi sehingga pecah telapak tangannya. Sungguh hebat cara beliau menjauh diri dari fitnah.MasyaAllah.


“Aku berangan nak”, berjumpa anda setakat ini.Esok atau lusa sekiranya ana berangan lagi nak sesuatu maka tangan ana akan menaip segera.Semoga “Aku berangan nak” ini memberi sedikit kesan bagi pembaca-pembaca yang dihormati sekalian.


“Memakai tudung bukan mengikut suka namun mengikut suruhanNya”
Wallahu a’lam.

Jumaat, 11 Jun 2010

Soal Jawab Agama

Soalan Pertama
Adakah boleh bersedekah kepada fakir miskin bukan Islam, adakah berdosa?

Jawapan
Tidak dihukumkan maksiat(berdosa) tetapi hendaklah didahulukan kepada muslimin sebelum bersedekah kepada orang bukan Islam.


Soalan Kedua
Seorang beragama Islam samada lelaki atau perempuan berzina dengan seorang yang tidak beragama Islam kemudian dapat anak, bagaimanakah kedudukan anak itu di sisi agama mereka?

Jawapan
Anak zina samada dari perempuan Islam atau perempuan kafir tidak ada nasabnya (tidak berbapa),maka jika perempuan zina itu beragama Islam maka anaknya turut Islam dan jika perempuan zina itu kafir maka anaknya mengikut kafir,dosa anak zina ditanggung oleh lelaki yang berzina dengan ibunya.

Asma'u Rabbuna Azza Wajal