Ikhtar Ma Yabqo 'Ala Ma Yafna

Berkongsi llmu, membahagi rasa, dalam proses mengetuk minda agar menghasilkan buah pemikiran yang ranum untuk AGAMA..



Ahad, 26 Disember 2010

Satu Dosa Sekali Taubat??

Pagi yang tenang,Atiqah bersama ibunya duduk di halaman rumah menghirup udara segar nikmat titipan dari Sang Ilahi yang tidak terhitung dek jari untuk membayar nikmat itu kembali..

"AWAK nak balik atau tak nak?" Soal Rahimah tegas.

"Nak,nak ibu,mestilah Iqa nak", jawapan kedengaran sayu.

"Habis tu kalau awak betul nak balik kampung pastilah beserta buah tangan,awak sudah bersedia untuk itu?" Soalan kedua membuat anak perempuannya termangu seketika.

"Mungkin sudah ibu,mungkin juga ingin sampai ke tahap 50% bekalan Iqa", jawabnya tanpa berfikir dengan telus.

"Iqa sayang,atas dasar apa Iqa percaya setinggi itu tahap bekalan Iqa?Sekiranya beginilah gayanya ibu tak yakin Iqa sudah sediakan bekalan sebanyak itu", bicara ibu ingin mengetuk kotak keimanan anaknya.

"Ibu Iqa baca Quran bu setiap hari,Iqa berzikir dan Iqa sudah bertaubat atas setiap dosa yang Iqa pernah lakukan dulu", ujar Atiqah Najwa sambil memandang tajam mata ibunya seolah menagih secebis kepercayaan.

"Taubat yang bagaimana?Mencukupi dengan satu dosa sekali taubat?"Soal ibunya menggerakkan minda Atiqah.

"Emmm", kedengaran suara dengusan kecewa seorang wanita bergelar muslimah.

"Iqa habibti.memang benar sifat Allah itu Maha Pengampun,pemaaf maka menerima taubat dari hambanya itu Harus ke atasNya.Namun,Iqa mesti ingat kita juga tidak pasti taubat yang mana satukah yang diangkat olehNya.Maka bukan dengan satu dosa satu taubat sayang,kita perlu istimrar(berterusan) meminta keampunan dariNya.Ibu harap Iqa buang mentaliti ciptaan manusia,satu dosa satu taubat.Iqa fahamkan sayang maksud ibu?".Soal Rahimah inginkan kepastian sekiranya anaknya itu faham akan bicaranya.

Beberapa saat berlalu Rahimah hanya memandang anaknya yang sejak tadi hanya tunduk tanpa sebarang isyarat.

"Iqa minta maaf ibu,Iqa faham dengan apa yang ibu katakan,syukran ibu.Izinkan Iqa masuk ke rumah dahulu ibu", ujar Atiqah Najwa sambil menyusun langkah untuk beredar.

"Ya Allah sekiranya berlaku khilaf yang aku tidak perasan akan ia semasa aku melontarkan kata-kata kepada anakku maka Kau ampunilah aku dan permudahkan segala urusan buah hatiku itu Ya Allah", doa Rahimah di lubuk hatinya.Dia sedikit tersentuh dengan tindak balas anak perempuannya itu sebentar tadi.

(Kita adalah keturunan Nabi Adam a.s,seperti yang kita tahu,Nabi Adam a.s adalah penduduk asal dari syurga,kita pula adalah keturunannya,maka kampung asal kita adalah di Syurga.Satu saat kita akan dikembalikan ke tempat asal manusia bermula,In Sya Allah)..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Asma'u Rabbuna Azza Wajal