Ikhtar Ma Yabqo 'Ala Ma Yafna

Berkongsi llmu, membahagi rasa, dalam proses mengetuk minda agar menghasilkan buah pemikiran yang ranum untuk AGAMA..



Ahad, 15 Ogos 2010

Aku Berangan Nak..




Aku ingin menjadi penjual tudung.Tidak kiralah aku makan gaji atau ada perniagaan sendiri walau kecil namun keinginan untuk menyarankan wanita memakai tudung adalah keutamaanku.Zaman sekarang jika kita menyuruh seseorang memakai tudung dengan mengeluarkan ayat Quran atau hukum-hukum,mereka seolah tidak gentar akibat meninggalkannya lalu menganggap enteng akan perkara ini.Selagi rambut belum merasa panasnya bara api neraka adakah selagi itu rambut harus didedah?


Aku selalu terbayang wanita-wanita yang tidak bertudung,berpakaian seksi atau ketat lalu di tempat kerjaku dan aku memanggil-manggil mereka lalu menunjukkan pelbagai jenis tudung untuk dikenakan atas kepala mereka sekaligus melakukan tuntutan Allah s.w.t sebagai Sang Pencipta iaitu amal makruf nahi munkar.Bermula dengan menutup yang atas kemudian akan di susuli dengan menutup bawah-bawahan,insyaAllah.


Wanita di zaman pembangunan ini, sememangnya tidal lari dari landasan ingin kelihatan cantik,voge and the vast, jadi ketika mana mereka tertarik dengan ajakanku,aku akan mengeluarkan seluruh jenis tudung yang meletup-letup masa kini untuk mereka cuba.Sambil itu doa perlu ada semoga ketika wanita itu memandang test mirror pandangan mereka tidak diganggu oleh bisikan syaitan durjana sebaliknya disokong dengan iman atas nama seorang Islam.


Perlukah aku terus menyempurnakan cara pemakaian tudung ke atas mereka, padaku untuk pembukaan ini aku minta dariNya agar rasa ingin menutup aurat itu wujud dalam diri mereka dahulu.


Memakai tudung ini perlu kepada minat dahulu atau bagaimana??


Sahabat sekalian memakai tudung(jilbab) adalah tuntutan Allah ke atas manusia,ia adalah wajib tanpa toleransi untuk meninggalkannya.Namun zaman maju menenggelamkan hukum, pakai tudung atas fesyen atau atas aliran mood atau sebagainya.Dicela oleh Allah s.w.t bagi orang-orang yang mempamerkan auratnya kepada yang tidak berhak.


Sahabat sekalian, bayangkan satu hari anda berjalan tanpa menutup aurat, dapatkan anda bayangkan berapa pasang mata yang memandang anda dan berapa kilo dosakah yang anda perolehi hanya untuk tempoh 24jam kerana mendedahkan aurat anda.Ya Allah peliharalah kami kaum wanita dari fitnah yang melata.


Bagi titik permulaan tidak mengapa jika tidak menutup dengan sempurna namun jika sudah setahun atau dua tahun atau lebih namun pemakaian tudung tidak ada perubahan yakni lebih ke arah kesempurnaan maka mohonlah perlindungan dariNya.Ingat di antara ciri-ciri kesempurnaan dalam menutup aurat antaranya:
  • Menutup bahagian dada.
  • kain tudung tidak jarang atau menampakkan leher atau rambut atau sebagainya.
  • Jangan menampakkan bonggol rambut atau ikatan rambut kerana ia menyerupai aurat.Contohnya jika seseorang melihat bonggol rambut kita maka mereka akan membayangkan samada rambut kita panjang atau pendek maka perbuatan ini mengundang fitnah.
  • Tidak menarik perhatian.Contonya tudung yang penuh dengan manik atau labuci sehingga mata yang memandang tidak dapat ditutup dek kerana silaunya.Ini bermaksud besederhanalah dalam berpakaian.


Jadilah seperti Saidatina Fatimah r.a yang dirinya tidak suka dilihat oleh mana-mana lelaki kecuali suaminya Saidina Ali r.a serta dirinya tidak gemar melihat kepada lelaki.Beliau sanggup keluar di malam hari bagi memperolehi air perigi sehingga pecah telapak tangannya. Sungguh hebat cara beliau menjauh diri dari fitnah.MasyaAllah.


“Aku berangan nak”, berjumpa anda setakat ini.Esok atau lusa sekiranya ana berangan lagi nak sesuatu maka tangan ana akan menaip segera.Semoga “Aku berangan nak” ini memberi sedikit kesan bagi pembaca-pembaca yang dihormati sekalian.


“Memakai tudung bukan mengikut suka namun mengikut suruhanNya”
Wallahu a’lam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Asma'u Rabbuna Azza Wajal