Ikhtar Ma Yabqo 'Ala Ma Yafna

Berkongsi llmu, membahagi rasa, dalam proses mengetuk minda agar menghasilkan buah pemikiran yang ranum untuk AGAMA..



Isnin, 26 April 2010

Soal Jawab Agama

Adakah boleh kita membacakan(menjampi) ayat Al-Quran ke atas air atau menulis ayat Quran pada sesuatu objek untuk mengubati orang sakit?

Jawapan,

Tidak mengapa menangkal orang sakit dengan ayat suci mengikut pendapat Imam Nawawi.Tidak mengapa membawa maksud harus.Jika ayat Quran adalah dibenarkan kerana Ayat Quran adalah Syifa’ linnas(ubat bagi manusia).Apa yang tidak dibenarkan adalah sesuatu yang tidak difahami bacannya.Saidatina Aisyah r.a juga membenarkan menangkal ayat Quran ke atas air,di mana Saidatina Aisyah r.a diantara sahabat yang boleh mengeluarkan fatwa.
Mujahid r.a salah seorang daripada tabiin besar juga memberikan fatwa,dibolehkan menulis ayat Quran pada sesuatu objek contohnya menulis ayat Quran pada piring kemudian alirkan air itu ke atas piring maka larutlah tulisan itu bersama air yang dituangkan. Memberi mandi kepada orang sakit atau membasuh muka dengannya juga dibolehkan.
Ibnu Abbas r.a pernah diminta melakukan perbuatan ini dengan menulis sebanyak 2 potong ayat Quran dan diguna mandi oleh seorang wanita.
Abdul Kilabah r.a,seorang ulama’ besar menulis di atas kertas kemudian membasuh akan kertas itu lalu larutlah tulisan itu ke dalam air kemudian diberi air itu kepada seorang yang terkena penyakit gila.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Asma'u Rabbuna Azza Wajal