Soalan Pertama
Adakah boleh bersedekah kepada fakir miskin bukan Islam, adakah berdosa?
Jawapan
Tidak dihukumkan maksiat(berdosa) tetapi hendaklah didahulukan kepada muslimin sebelum bersedekah kepada orang bukan Islam.
Soalan Kedua
Seorang beragama Islam samada lelaki atau perempuan berzina dengan seorang yang tidak beragama Islam kemudian dapat anak, bagaimanakah kedudukan anak itu di sisi agama mereka?
Jawapan
Anak zina samada dari perempuan Islam atau perempuan kafir tidak ada nasabnya (tidak berbapa),maka jika perempuan zina itu beragama Islam maka anaknya turut Islam dan jika perempuan zina itu kafir maka anaknya mengikut kafir,dosa anak zina ditanggung oleh lelaki yang berzina dengan ibunya.
Jumaat, 11 Jun 2010
Fatwa Mufti Kerajaan Johor
Soalan
Jawapan
Adakah boleh digunakan sebagai dalil keterangan (waman lam yahkum bima anzalallah faulaika humulkafirun,fasiqun,zolimun), dan bolehkah ditujukan kepada kerajaan yang ada pada hari ini?
Jawapan
Oleh Mufti Kerajaan Johor Allahumma yarhamul 'alamatul Dato' Syed Alwi Bin Tohir Al-Hadad
Saya tidak boleh menentukan atau menujukan kepada satu-satu kerajaan atau satu-satu orang yahudi atau kafir kerana demikian, kerana demikian berlawanan dengan kaedah fatwa.Hanya boleh saya katakan barangsiapa meninggalkan hukum-hukum Allah yang ada di dalam Al-quran dan Hadith Mutawatir atau Ijma' Ummatul Islamiah atau yang maklum dari agama biddarurah maka jika ia meninggalkan dengan tiada percaya atau melawan atau benci kepada hukum itu atau mengingkarinya maka telah menetapkan oleh ulama' bahawa ia KAFIR.
Sabtu, 29 Mei 2010
Kecantikan seseorang wanita itu bukan untuk dipertontonkan bukan untuk dihebah lalu ditayangkan keseluruhan pelusuk alam tetapi IA untuk dipelihara dari fitnah yang menanti..
Jagalah IA bagi mereka yang layak menerimanya..
Peliharalah IA seusaha habis dayamu kerana itu nikmat besar dari yang Maha Kuasa...dan di situ pasti ada ganjaran pada setiap usahamu...
Tiada usaha manusia yang Allah cuaikan lebihan lagi niat manusia itu ke arahNya..
Rabu, 5 Mei 2010
Bahasa..Senjata Lidah..Titian Ukhuwah..
Ayuh Pelbagaikan Bahasa Anda!
Mengapa kita perlu menambah ilmu dari segi bahasa, saya beritahu anda betapa perlunya kita kepada bahasa lain selain bahasa ibunda kita, Bahasa Melayu. Saya ketengahkan Bahasa China kerana kita sedia maklum Bahawa Malaysia merupakan Negara majmuk yang terdiri dari 3 bangsa secara majoriti iaitu melayu, china dan india.Dan kerana ini kita akan bercampur juga berurusan dengan mereka pada waktu tertentu.China kita sedia maklum penguasa ekonomi di Malaysia, orang yang terkaya di Malaysia juga dari kalangan orang China, yang menjadi kehairanan mereka boleh becakap dengan menggunakan bahasa kita dengan baik dan ini sekaligus memudahkan mereka dalam segenap urusan.Justeru ayuh kita pelajari bahasa mereka agar memudahkan urusan kita berhadapan mereka sekaligus mengelak dari ditipu.
Ni hao = Hai, hello
Wo = saya, i
Ni = awak, you
Syia = mahu, want
Puyau = tidak mahu, do not want
Wosyia = saya mahu, i want
Cuisya = makan, eat
Her = minum, drink
Kai = buka, open
Kuwan = tutup, close
Contoh ayat,
1) Wosyia cuisya = saya mahu makan
2) Wo puyau her = saya tidak mahu minum
Baiklah, untuk hari ini cukup sekadar ini, kita bertemu lagi di pertemuan maya akan datang. Ayuh tambah ilmu bahasa anda, ini bukan untuk memudahkan orang lain tetapi untuk anda juga .

Isnin, 26 April 2010
Naluri Perantau

Naluri itu dimiliki oleh setiap insan hatta orang gila juga nalurinya tidak akan hilang atau dicabut sama sekali.Yang hilang hanyalah kewarasan akalnya.
Menyentuh tentang naluri,maka ia berkait rapat dengan perasaan manusia.Sebagai perantau di negara orang, siapakah di antara kita yang bergelar manusia tetapi tidak merasa rindu akan kampung halaman. Jika ada yang menjawab "Saya tidak rindukan keluarga di kampung sikit pun", maka syabas anda memang hebat dan mungkin juga anda seorang kazib atau kazibah.Mana mungkin seorang manusia yang sempurna akal dan molek hatinya tidak rindu akan keluarga dan asal usul hikayat hidupnya .Sekalipun kita sibuk melaksanakan tugas yang tidak putus menyinggah masuk, perasaan rindu itu pasti akan muncul menyapa hati walaupun kuantitinya tidak seberat 5 kilo.
Bagaimana ingin meredakan perasaan rindu yang berkocak kuat?
Bagaimana ingin melepaskan rindu yang caranya selain pulang ke tanah air(kampung halaman)?
Kita mungkin boleh meredakannya dengan menganggap mereka sedang bersama kita.Bagaimana nak merasa sedemikian sedang mereka bukan di sebelah kita, bukan di belakang kita,bukan di hadapan mata kita?
Mudah, namun agak berat diamalkan, Doalah.sekiranya kita kerap doa maka hati kita akan dekat dengan mereka, apabila dekat tidaklah rasa jauh.Yang menyebabkan kita merasa rindu tidak habis-habis adalah kerana kita rasa jauh dari mereka.
Lagi satu, kita ingin balik kerana perasaan kita dibelenggu rasa kerisauan yang memuncak setinggi Puncak Sinai. Antara ayat-ayat risau perantau "mak ayah aku tu dah tua jadi aku merasa tanggungjawab akulah untuk menjaga mereka, kalau mereka sakit macammana?"
Risau?Takut? Semuanya boleh diredakan dengan doa.Memang benarlah kita selaku anak seamat-amatnya ingin berada di sisi ibu bapa lebih-lebih apabila mereka sudah meningkat umur namun adakah dengan kita balik ke tanah air ajal mereka boleh dilambatkan sedikit atau dipercepatkan sedikit.Jika bawa kes umur ini ke mahkamah syariah terhebat pun, kes ini tiada penyelesaian.Penyelesaian bagaimana?Ayuh, berdoa pohon pada Yang Esa agar umur mereka dipanjangkan dan kehidupan mereka dirahmati oleh Allah s.w.t.
Marilah kita tetapkan diri kita agar berdoa untuk mereka yang kita cintai dan sayangi itu.Berdoalah sebanyaknya hingga hati kita didekatkan dengan hati mereka maka masalah 'kocakan rindu dan risau' tidak akan menganggu perjuangan kita, in sya Allah.
Namun harus diingat,perasaan rindu dan risau itu pasti tetap akan wujud kerana itu lahir dari naluri(hati) kita, NAMUN jangan sampai naluri(hati) kita dikuasai NAFSU.
" Allahumma firlana zunubana waliwalidina warhamhum kama robbayani sighoro,walijami' ikhwati wa akhawati wassyuhada'...."
Soal Jawab Agama
Adakah boleh kita membacakan(menjampi) ayat Al-Quran ke atas air atau menulis ayat Quran pada sesuatu objek untuk mengubati orang sakit?Jawapan,
Tidak mengapa menangkal orang sakit dengan ayat suci mengikut pendapat Imam Nawawi.Tidak mengapa membawa maksud harus.Jika ayat Quran adalah dibenarkan kerana Ayat Quran adalah Syifa’ linnas(ubat bagi manusia).Apa yang tidak dibenarkan adalah sesuatu yang tidak difahami bacannya.Saidatina Aisyah r.a juga membenarkan menangkal ayat Quran ke atas air,di mana Saidatina Aisyah r.a diantara sahabat yang boleh mengeluarkan fatwa.
Mujahid r.a salah seorang daripada tabiin besar juga memberikan fatwa,dibolehkan menulis ayat Quran pada sesuatu objek contohnya menulis ayat Quran pada piring kemudian alirkan air itu ke atas piring maka larutlah tulisan itu bersama air yang dituangkan. Memberi mandi kepada orang sakit atau membasuh muka dengannya juga dibolehkan.
Ibnu Abbas r.a pernah diminta melakukan perbuatan ini dengan menulis sebanyak 2 potong ayat Quran dan diguna mandi oleh seorang wanita.
Abdul Kilabah r.a,seorang ulama’ besar menulis di atas kertas kemudian membasuh akan kertas itu lalu larutlah tulisan itu ke dalam air kemudian diberi air itu kepada seorang yang terkena penyakit gila.
Menyusuri Batang Tubuh Abu Anbiya' Ibrahim a.s

Sifat Nabi Ibrahim a.s
1)Abdan Qonitan lillah(seorang hamba yang benar-benar taat kepadaNya)
2)Mukhlisan(ikhlas dalam beribadah kepadaNya)
3)Harison 'ala to'atihi(sangat haloba dalam mencari ketaatan kepada Allah s.w.t)
4)Musari'an firRedha( sangat cepat dalam mengerjakan apa sahaja perbuatan yang membuahkan keredhaan Allah s.wt)
Baginda a.s mempunyai seorang isteri yang solehah,taat dan setia kepada baginda bernama Siti Sarah.Sarah berasal dari perkataan sarrah iaitu yang memberi suka,yang menggembirakan dan membahagiakan.Namun Nabi Ibrahim dan Siti Sarah tidak dikurniakan anak walaupun sudah bergelar "Sheikhon kabiran" iaitu benar-benar tua hampir kepada tua bongkok.Begitu juga Siti Sarah sudah bergelar "Sheikhoh" kerana sudah melangkaui umur kebolehan beranak.
Fitrah manusia yang berkhawin pasti menginginkan zuriat.Zuriat yang bakal merawat ketika sakitnya,zuriat yang bakal menggembirakan ketika sedihnya,zuriat yang bakal membelai ketika dahaga kasihnya seterusnya zuriat yang akan membantunya mencapai keredhaan Tuhannya.
Sarah mempunyai seorang khadam(pembantu rumahtangga) yang bernama Hajar yang dibawa dari Mesir bagi menjadi khadamnya.Lalu dijadikan Hajar hadiah bagi suaminya Nabi Ibrahim a.s bagi mendapatkan zuriat.Setelah berkhawin Nabi Ibrahim a.s dan Hajar Allah memberikan rezeki anak kepada mereka maka lahirlah Nabi Ismail a.s.Hajar mula merasa dirinya bukanlah lagi seorang khadam kerana dia adalah seorang ibu maka Hajar mula merasa megah dan menarik muka lain,bukan lagi seperti seorang khadam.Sarah menyedari perubahan itu dan pabila melihat Nabi Ibrahim a.s mula memberi perhatian kepada Hajar,kerana Hajar adalah ibu kepada anak Baginda maka timbul perasaan cemburu.Nabi Ibrahim a.s mengetahui akan perasaan isterinya Sarah dan baginda menjadi haloba(bersungguh-sungguh) dalam menggembirakan hati Sarah.Namun perasaan cemburu itu tidak mudah dihilangkan.
Nabi Ibrahim a.s mula berfikir bagaimanakah caranya bagi meredakan keadaan ini maka baginda keluar bersama Hajar dan Nabi Ismail a.s bermusafir atas arahan daripada Allah s.w.t.Berjalan mereka khottu Rihal hinggalah tiba di Tanah Mekkah.Ketika itu tanah Mekkah kosong kering-kontang tidak berpenduduk.Ketika tiba di Mekkah maka tahulah Baginda bahawa tanah ini tidak pernah diduduki oleh manusia..
Saufa uwasil in sya Allah..

Langgan:
Catatan (Atom)